Tuesday, 31 July 2012

BN Saluran Terbaik Selesaikan Isu Berkaitan Parti, Kata Dompok

Tan Sri Bernard Dompok
SERIAN, 31 Julai (Bernama) -- Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata cara terbaik untuk menyelesaikan isu besar politik berkaitan Barisan Nasional (BN) ialah melalui parti gabungan itu sendiri.

Mengulas perletakan jawatan timbalan presiden Upko dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing serta beberapa anggota parti gabungan BN itu baru-baru ini, beliau berkata antara sungutan utama yang menjadi punca mereka berundur ialah masalah imigran di Sabah.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas mengenai teknologi penanaman koko dan penyerahan insentif bagi penanaman baru koko dan lada di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau menjangka lebih ramai anggota Upko akan mengikut jejak Bumburing, Dompok berkata:

"Saya tak tahu...ada banyak spekulasi. Tapi, inikan negara bebas. Anda boleh sertai mana-mana parti yang anda suka dan orang lain juga akan menyertai kami (upko)."

Dompok berkata beliau kesal dengan perletakan jawatan yang berlaku baru-baru ini dan berharap kerajaan persekutuan akan menangani isu tertentu berkaitan Sabah secara telus.

-- BERNAMA

Tuesday, 24 July 2012

Bumburing Keluar BN Dan Akan Buat Pengumuman Penting Ahad Ini

Datuk Seri Wilfred Bumburing
KOTA KINABALU, 23 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing pada Isnin meletakan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.

Dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada pukul 1 tengah hari, Ahad ini.

"Berkuatkuasa hari ini, 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran. Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di sini.

Sebelum ini, Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran dan Anggota Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno diura-urakan akan meninggalkan BN untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat( PKR).

Bumburing, 60, bekas menteri kabinet negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau menerajui BN Tuaran selama ini.

-- BERNAMA

Friday, 20 July 2012

Dato "One Arm Bandit" sambut lawatan Anwar ke Beaufort?

at 7/19/2012

Kalau ditanya orang-orang yang mengenalinya, ramai tidak percaya Dato Lajim akan lompat ke PKR. Tapi bila ditanya orang PKR Sabah, mereka kata tunggu masa dia nak lompat.

Begitu juga dengan Osu Sukam, WIlfred Bumburing, Abu Bakar Titingan, Ghafur Salleh, Marsidi Manjun, dll Yang rapat dengan mereka kata tidak, tapi pembangkang kata ya.

Amanah kata tidak politik tapi yang terlibat Amanah Sabah, semua muka yang disuspek nak lompat. Susah pulak nak kata Ku Li dan Ong Tee Keat tak lompat.

Baru yang kami dengar adalah dalam satu Mesyuarat Kajawatankuasa persiapan lawatan Anwar ke Beaufort 3:30 petang semalam, ianya dijalankan di pejabat Ahli Parlimen P. 177 Beaufort dan dipengerusikan oleh Datuk Lajim sendiri.

Antara lain intipati disebut dalam mesyuarat adalah memaklumkan tarikh lawatan Anwar ke Beaufort untuk majlis berbuka puasa dan pengumuman penyertaan PKR akan di putuskan pada 29 Julai 2012.

Turut menghadhiri Majlis tersebut adalah pemimpin PR Pusat iaitu Dato Seri Hj Hadi Awang-Presiden PAS dan Lim Guan Eng- Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baca selanjutnya di sini (klik)

RELATED NEWS:
-Hutang Lajim kerana One-Arm- Bandit RM8 juta???!!!

Sunday, 15 July 2012

Malaysiakini telah memutar belitkan ucapan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan.

wartawan Malaysikini (lelaki berambut panjang)
Siang tadi (14 July, 2012) berlangsung Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Regency Hotel, Kuala Lumpur…

Antara wartawan yang turut hadir, termasuklah wartawan Malaysikini (lelaki berambut panjang di dalam gambar). Walaupun dari portal berita pembangkang, wartawan tersebut tetap dijemput untuk membuat liputan serta diberi makan dan minum seperti peserta yang lain.

Akan tetapi petang tadi, salah seorang sekretariat telah mengesan putar belit dalam portal pembangkang itu yang mana, Malaysiakini telah memutar belitkan ucapan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan.

Datuk Mohd Zaini dalam ucapannya memberitahu kepada para peserta, sebarang berita sebenarnya boleh digunakan untuk menimbulkan persepsi. Kaedah itulah yang digunakan oleh Jentera Propaganda Pakatan Rakyat selama ini sehinggakan blatant-lie atau penipuan terang-terangan.

Bagaimanapun Malaysiakini memutar belitkan kenyataan tersebut kononnya Datuk Mohd Zaini berkata, pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak. Langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

Ucapan Datuk Mohd Zaini telah disaksikan oleh ribuan peserta Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia, termasuklah eXception sendiri… Ternyata perangai wartawan Malaysiakini sebijik macam anjing… Sudah diberi makan… Sudah diberi minum… Sudah diberi masuk… Tapi masih lagi mahu menggigit…

Setelah menyedari laporan putar belit yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, Pengarah konvensyen itu, Mohammad Rafi Awang Kechik kemudian bertindak menghalau wartawan Malaysiakini itu… Wartawan tersebut segera lari meninggalkan majlis tersebut seperti anjing bercawat ekor kerana bimbang dihentak secara bergotong-royong…

NOTA

MALAYSIAKINI memutar belit fakta itu seperti berikut:-
PUTAR BELIT Malaysiakini (klik di sini) 

Muhyiddin Will Meet With Problematic Umno Divisions During Ramadan

July 15, 2012 19:10 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, July 15 (Bernama) -- Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said he would meet with the problematic Umno divisions during Ramadan to thrash out the problems.

Muhyiddin who is also deputy prime minister, said problematic Umno divisions were not many but he would use the meetings to also remind the division leaders and members on the importance of avoiding things that could weaken the party.

"If there are problems in a division, all quarters from the top to the grassroots should work together to solve the problems amicably to ensure Barisan Nasional's victory in the coming general election," he said in his speech when opening the annual delegates' meeting of the Batu Umno division, here, Sunday.

Muhyiddin who is also FT Umno liaison chairman, said he had already informed Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that he would meet up with the problematic divisions to discuss the issues with an open heart.

"We have 220 parliamentary constituencies and we know the situation in each. It's normal for each constituency to have one or two problems," he said. Muhyiddin said each parliamentary and state seat contested were important to win back BN's lost power in some states in the last general election in 2008.

He said he did not want what happened in the last elections where BN's loss was due to "cah keting" or sabotage by Umno members themselves rather than the strength of the opposition, to recur this time. Muhyiddin also suggested that BN component party leaders identify the wants and problems faced by non-Malay voters for further action to be taken.

On the 13th general election, Muhyiddin said it would not be held next year as this year would be the most suitable time for it. At the same event, Muhyiddin also handed out keys to 12 recipients of the Public Housing Project (PPR) houses and equipment to start a business to three of the 69 recipients.

-- BERNAMA

Najib sediakan peruntukan besar untuk modal insan..

KOTA KINABALU - Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyediakan peruntukan besar untuk melahirkan modal insan kelas pertama di negara ini, kata Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan pinjaman dan kemudahan bagi membantu golongan belia dalam bidang keusahawanan.

Oleh itu, golongan belia dapat merebut peluang yang terbuka untuk mereka, dan sekali gus membantu memacu bidang perniagaan di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pemimpin Belia Menjana Transformasi Ekonomi Baru di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan, Sabah Mohd Dahali Matsin dan presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Kevin Lim.

Tawfiq berkata, golongan belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran alam semua aspek bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.

"Bagi mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan, adalah lebih baik mulakan perniagaan dalam skala yang kecil terlebih dahulu dan kemudiannya meluaskan skop perniagaan ke skala yang lebih besar," katanya.

Persidangan tiga hari itu disertai 152 peserta seluruh Sabah termasuk 16 dari Wilayah Persekutuan Labuan dan 10 dari Sarawak yang terdiri daripada pemimpin belia, usahawan belia dan wakil daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. - BERNAMA

Saturday, 14 July 2012

Lajim, Bumburing batal hasrat lompat parti

Raymond Tombung

Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati.

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi UPKO Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Ahli Parliamen Umno Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin membatalkan hasrat mereka untuk melompat keluar Barisan Nasional (BN).

Para pemimpin PKR dan para pegawai penganjur majlis-majlis perjumpaan pada 15 Julai ini di Beaufort (untuk Lajim) dan di Tuaran (untuk Bumburing) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk pengumuman rasmi mereka berdua mahu melompat keluar BN telah dibatalkan atau ‘ditunda’.

Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati.

Para pemimpin atasan PKR, yang kecewa dengan perkembangan itu, nampaknya telah memberikan pelbagai alasan kenapa majlis-majlis pengumuman itu telah dibatalkan.