![]() |
Mohd Shafie Apdal |
KOTA KINABALU, 26 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal berkata undang-undang antilompat tidak perlu diwujudkan di
negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi yang antara lain memberi
kebebasan kepada individu untuk berpersatuan termasuk dalam arena
politik.
Beliau berkata sekiranya mana-mana pihak atau parti politik mahu menghalang mana-mana pemimpin mereka khususnya wakil rakyat menyertai parti lain selepas menang dalam pilihan raya, ia perlu dilakukan seawal mungkin termasuk penerapan nilai-nilai baik dan membuat "penapisan rapi" calon yang bakal diketengahkan.
"Tapislah calon-calon yang rasanya ada kemungkinan akan lompat... jangan jadikan mereka calon mengikut sistem sedia ada.
"Tidak banyak negara yang mempunyai perundangan antilompat. Apa yang penting ialah kita menerapkan nilai-nilai baik di kalangan ahli politik supaya ketahanan mereka dalam perjuangan ada disiplin dan konsisten," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Armizan Md Ali di kediamannya di Luyang dekat sini, malam tadi.