Sunday 5 August 2012

BN Sabah Ada Calon Sesuai Ganti Wakil Rakyat Keluar Parti - Ahmad Maslan

Datuk Ahmad Maslan
KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sabah mempunyai calon berwibawa untuk mengisi slot yang dikosongkan oleh anggota parlimennya yang bertindak keluar parti.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN Sabah juga tidak akan hancur dengan tindakan wakil rakyat terbabit.

"...ahli parlimen (BN) yang keluar baru empat, sedangkan Yang Berhormat pembangkang sudah keluar 13 iaitu enam dari PKR (Parti Keadilan Rakyat), lima anggota dewan undangan negeri PKR jadi Bebas, satu dari DAP dan satu dari PAS keluar (parti) dalam penggal ini.

"Kalau mereka kata BN hancur, mereka silap kerana angka itu menunjukkan pembangkang yang hancur bukan BN," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Program Nur Ramadan di Masjid Jamek Kampung Likas, di sini malam Khamis.

Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada BN pada 17 Sept 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment