Tuesday 31 July 2012

BN Saluran Terbaik Selesaikan Isu Berkaitan Parti, Kata Dompok

Tan Sri Bernard Dompok
SERIAN, 31 Julai (Bernama) -- Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata cara terbaik untuk menyelesaikan isu besar politik berkaitan Barisan Nasional (BN) ialah melalui parti gabungan itu sendiri.

Mengulas perletakan jawatan timbalan presiden Upko dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing serta beberapa anggota parti gabungan BN itu baru-baru ini, beliau berkata antara sungutan utama yang menjadi punca mereka berundur ialah masalah imigran di Sabah.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas mengenai teknologi penanaman koko dan penyerahan insentif bagi penanaman baru koko dan lada di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau menjangka lebih ramai anggota Upko akan mengikut jejak Bumburing, Dompok berkata:

"Saya tak tahu...ada banyak spekulasi. Tapi, inikan negara bebas. Anda boleh sertai mana-mana parti yang anda suka dan orang lain juga akan menyertai kami (upko)."

Dompok berkata beliau kesal dengan perletakan jawatan yang berlaku baru-baru ini dan berharap kerajaan persekutuan akan menangani isu tertentu berkaitan Sabah secara telus.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment