Thursday 5 July 2012

MEMANG TAK SEPAKAT PUN

Tian Chua
OLEH: ADMIN.
 
Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan adalah pertanda bahawa Pakatan Rakyat TIDAK sepakat dalam erti kata sebenarnya.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, seolah-olah telah setuju dengan kenyataan Tian Chua. Apa tidaknya. PAS sudah pasti akan kehilangan sokongan jika lambang keramat PAS "bulan penuh diketepikan" Ketua Penerangan PAS itu pernah menegaskan bahawa pihak pembangkang tidak akan menggunakan lambang yang sama pada PRU13.

Keadaan yang dapat dilihat sebagai pelik ialah bilaman PAS sudah mengiktiraf sikap DAP yang cauvisist dan konservatif perkaumananya. Kata Tuan Ibrahim, DAP tentunya tidak mahu imej cauvinisme Cinanya hilang jika logo roket tidak digunakan dalam pilihan raya. Apakah PAS sudah menelan dasar CHAUVINISM DAP dan menganggapnya sebagai kawan setia dan rakan kongsi yang baik dalam Pakatan Rakyat?

Nampaknya PKR sahajalah parti yang bersungguh-sungguh menggunakan Lambang Pakatan Rakyat. Umum tahu bahawa menggunakan lambang yang sama menguntungkannya kerana sememangnya selama ini, PKR lebih kelihatan menumpang populariti yang ada pada Pas dan DAP.

Keadaan ini, pengggunaan lambang parti masing-masing, sudah pasti dilihat bahawa PR tidak sepakat. Lambat laun mereka akan menegakkan identiti masing-masing dan akan sendirinya melupakan PR. Selepas PRU 13, kesepakatan ini akan teruji. Ujian yang paling getir ialah penegakkan terhadap ideologi parti masing-masing yang menjurus kepada perpecahan PR.

No comments:

Post a Comment