Wednesday 11 July 2012

Pembangkang Tidak Akan Mampu Tembusi Sabah Yang Ditadbir Baik BN-Sapawi

Datuk Sapawi Ahmad.
KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) -- Parti pembangkang yang dahagakan kuasa tidak akan mampu menembusi Sabah yang ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kata Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad.

Sebaliknya, katanya BN akan tetap menang di Sabah pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus mengekalkan negeri itu sebagai kubu kuat parti gabungan itu.

"Berdasarkan senario politik semasa dan tahap keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional, InsyaAllah, kita (BN) "tatap" (tetap) menang di Sabah pada pilihan raya akan datang," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Program Jelajah Isu peringkat negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Wisma Dang Bandang, di sini pada Selasa.

Sapawi yang juga anggota Parlimen Sipitang berkata kerajaan BN banyak membawa pembangunan dan kemajuan di negeri ini, dan rakyat juga merasa selesa berada di bawah pemerintahan BN yang berjaya mewujudkan keamanan dan suasana politik yang stabil.

"Begitu juga dengan kedudukan kewangan negeri. Sejak kerajaan BN mengambil alih tampuk pemerintahan di Sabah pada 1994, kedudukan kewangan Sabah bertambah kukuh terutama semasa pentadbiran Datuk Seri Musa Aman.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment