Tuesday 24 July 2012

Bumburing Keluar BN Dan Akan Buat Pengumuman Penting Ahad Ini

Datuk Seri Wilfred Bumburing
KOTA KINABALU, 23 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing pada Isnin meletakan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.

Dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada pukul 1 tengah hari, Ahad ini.

"Berkuatkuasa hari ini, 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran. Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di sini.

Sebelum ini, Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran dan Anggota Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno diura-urakan akan meninggalkan BN untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat( PKR).

Bumburing, 60, bekas menteri kabinet negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau menerajui BN Tuaran selama ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment