Tan Sri Bernard Dompok |
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok yakin tiada lagi wakil rakyatnya akan bertindak keluar parti dan menyokong pembangkang.
Sehubungan itu beliau menggesa pihak yang berkenaan agar berhenti daripada menyebarkan desas-desus berkaitan perkara tersebut, susulan tindakan Timbalan Presiden parti Datuk Wilfred Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meninggalkan UPKO.
"UPKO menentang tindakan itu (ahli politik lompat parti). Khabar angin ini telah lama tersebar dalam parti. PM (Perdana Menteri) tahu mengenai perkara ini kerana saya telah maklumkan kepada beliau.
"Sekarang perkara itu telah berlaku dan saya yakin tidak ada lagi MP (anggota parlimen) dan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) yang akan keluar parti," katanya kepada pemberita Selasa.
Terdahulu, Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi melancarkan sambutan hari kebangsaan kementeriannya, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen, di sini.

No comments:
Post a Comment